Malaysian Cubprix Championship 2009 (pusingan ke-3) telah berlangsung di Litar Kuala Terengganu pada 8 dan 9 mei 2009. Keputusan di Litar Kuala Terengganu tidak memihak kepada pasukan MODENAS Yuzi Pachi Raching Team dengan menyaksikan tiada podium untuk kali ini.

Untuk kategori Expert, Rosnizam Md Noor menamatkan perlumbaan di tempat ke 7. Kategori Novis, Md Zulfahmi Khairudin di tempat ke 5 dan Md hanif Che Ani di tempat ke 11. Bagi kategori Wira epg, pasukan MODENAS menamatkan perlumbaan di tempat ke 4 melalui Md Azzeroy Aziz dan Zulsyafiz Rosli di tempat ke 5.

Menebus kehampaan dan tetap menjadi kebanggan MODENAS, pasukan Priveteer MODENAS telah menamatkan perlumbaan di tempat ke dua untuk podium kali kedua berturut-turut untuk kategori Priveteer membuktikan jentera MODENAS tetap unggul di litar lumba Cubprix.

MODENAS tetap menjadi tumpuan di khemah promosi MODENAS di luar litar dengan kehadiran ramai pengunjung yang ingin menyaksikan dengan lebih dekat motosikal keluaran MODENAS dan aktiviti yang dijalankan. Sesi tunggang uji MODENAS GT128 sememangnya menjadi tumpuan ramai dan mendapat sambutan yang hangat dari warga Terengganu khususnya dan orang-orang di Pantai Timur amnya.

 

 

Site Map | Contact Us

Copyright © 1995-2008 MODENAS. All rights reserved.
Use of this website signifies your agreement to the Disclaimer and Online Privacy Policy